BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 14, 2009

Makluman

Di sini kami ingin memaklumkan bahawa kami,ahli PRS & 3PD akan mengadakan penyampaian hadiah selepas keputusan peperiksaan pertengahan tahun diumumkan... Mungkin akan mengambil sedikit masa yang agak lama kerana kami perlu menyelidiki keputusan setiap penuntut semasa waktu Peperiksaan Awal tahun dan juga Peperiksaan Pertengahan tahun... Akan tetapi,kami akan berusaha untuk melaksanakannya secepat mungkin...

Insya ALLAH,jikalau tiada halangan kami akan memberikan hadiah kepada penuntut-penuntut yang berjaya memecah rekod keputusan mereka pada Peperiksaan awal tahun dengan mendapat keputusan yang lebih cemerlang...

Tujuan kami melakukan aktiviti ini ialah untuk memberikan semangat kepada para penuntut yang menghadapi peperiksaan dan juga untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang disamping memberitahu mereka bahawa kegagalan yang lepas bukanlah satu benteng penghalang untuk kita terus mendapatkan kejayaan yang menanti...

Diharap dengan ini,para penuntut akan lebih bersemangat untuk menghadapi peperiksaan... Ketahuilah,semua ini hanyalah untuk masa depan kita bersama...




"Jangan pernah mengaku kalah sebelum mencuba"