BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 16, 2007

31 oktober 2007 – Pertandingan Akhir Pendidikan, Pencegahan, Penyalahgunaan Dadah bagi Sekolah – sekolah menengah/maktab dan rendah seluruh Negara tahun 2007 telahpun diadakan di Dewan Radio Television Brunei (RTB), Bandar Seri Begawan. Tiga pertandingan telah diadakan antaranya pertandingan kumpulan bertindak anti dadah 2007, pertandingan koir anti dadah dan pertandingan kugiran antidadah 2007.
.
.
Dalam pertandingan kumpulan bertindak anti-dadah 2007, hanya lima pasukan terbaik telah dipilih dari 8 buah pasukan. Pasukan tersebut ialah Sekolah Ugama Arab Menengah RIPAD, SM Pg Anak Puteri Hjh Rashidah Saadatul Bolkiah, Maktab SOAS, SM Syd Husain dan SM Awg Semaun
.
.
Wakil SUAMPRIPAD terdir dari ahli A-Team 3PD iaitu, Nurul Hazirah Bte Hj Sulong, Nur Aqilah Bte Hj Abd Hamid, Nur Shakina Bte Rosli, Norhafizah Bte Mohd Sofian dan Nur Adlina Bte Hj Ya’akub. Mereka membentangkan segala aktibiti- aktibiti yang berlangsung sepanjang tahun 2007. Para panel hakim juga sempat mengulas serba sedikit mengenai pembentangan sekolah-sekolah yang turut bertanding.
.
.
Dalam pertandingan tersebut, SUAMPRIPAD telah meraih naib johan dengan mendapat piala dan wang sebanyak $1,700. Manakala juara disandang oleh SM Pg Anak Puteri Hjh Rashidah Saadatul Bolkiah. Selain itu, hadiah bagi Penyampai Pembentangan Terbaik juga disandang oleh wakil SUAMPRIPAD iaitu Dyg Nur Aqilah Bte Hj Abd Hamid.
.
.
Turut hadir menyaksikan pertandingan akhir di dewan RTB tersebut ialah Pengetua SUAMPRIPAD, Ustazah Datin Piah Bte Hj Saat, berserta guru–guru pengawas dan juga para pelajar.
.