BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 16, 2007

31 oktober 2007 – Pertandingan Akhir Pendidikan, Pencegahan, Penyalahgunaan Dadah bagi Sekolah – sekolah menengah/maktab dan rendah seluruh Negara tahun 2007 telahpun diadakan di Dewan Radio Television Brunei (RTB), Bandar Seri Begawan. Tiga pertandingan telah diadakan antaranya pertandingan kumpulan bertindak anti dadah 2007, pertandingan koir anti dadah dan pertandingan kugiran antidadah 2007.
.
.
Dalam pertandingan kumpulan bertindak anti-dadah 2007, hanya lima pasukan terbaik telah dipilih dari 8 buah pasukan. Pasukan tersebut ialah Sekolah Ugama Arab Menengah RIPAD, SM Pg Anak Puteri Hjh Rashidah Saadatul Bolkiah, Maktab SOAS, SM Syd Husain dan SM Awg Semaun
.
.
Wakil SUAMPRIPAD terdir dari ahli A-Team 3PD iaitu, Nurul Hazirah Bte Hj Sulong, Nur Aqilah Bte Hj Abd Hamid, Nur Shakina Bte Rosli, Norhafizah Bte Mohd Sofian dan Nur Adlina Bte Hj Ya’akub. Mereka membentangkan segala aktibiti- aktibiti yang berlangsung sepanjang tahun 2007. Para panel hakim juga sempat mengulas serba sedikit mengenai pembentangan sekolah-sekolah yang turut bertanding.
.
.
Dalam pertandingan tersebut, SUAMPRIPAD telah meraih naib johan dengan mendapat piala dan wang sebanyak $1,700. Manakala juara disandang oleh SM Pg Anak Puteri Hjh Rashidah Saadatul Bolkiah. Selain itu, hadiah bagi Penyampai Pembentangan Terbaik juga disandang oleh wakil SUAMPRIPAD iaitu Dyg Nur Aqilah Bte Hj Abd Hamid.
.
.
Turut hadir menyaksikan pertandingan akhir di dewan RTB tersebut ialah Pengetua SUAMPRIPAD, Ustazah Datin Piah Bte Hj Saat, berserta guru–guru pengawas dan juga para pelajar.
.

Monday, October 22, 2007



Pada 9 Syawal 1428H, bersamaan dengan 21 Oktober 2007M, Pasukan Bertindak Anti Dadah SUAMPRIPAD telah mengadakan jerayawara Anti Dadah yang diadakan di Lil'Hub Cafe, Seri Qlap Mall.




Hadir sebagai tetamu kehormat adalah Pengarah Jabatan Pengajian Islam, Ustazah Hajah Kasmah Bte Haji Siput disertai oleh pegawai-pegawai kanan Jabatan Pengajian Islam dan juga Pengetua dan Timbalan Pengetua SUAMPRIPAD.




Acara yang dimulai dengan bacaan Fatihah dan Doa Selamat oleh Ustaz Haji Matuddin diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Noor Fadhlina Bte Hj Mohammad dan seterusnya ucapan dari tetamu kehormat, Ustazah Hajah Kasmah Bte Haji Siput.




Acara di teruskan lagi dengan upacara pembukaan rasmi jerayawara Anti Dadah dan juga perasmian laman blog 3PD ini oleh Yang Mulia Pengarah Jabatan Pengajian Islam.




Setelah upacara perasmian, Yang Mulia Pengarah bersama rombongan berkesudian menyaksikan pameran Anti Dadah yang diadakan ditingkat 3 bangunan Seri Q-Lap Mall.



Pameran yang diadakan pada hari tersebut berakhir pada pukul 3 petang.

Friday, October 19, 2007




Pada 29/08/07, Unit Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah (3PD) SUAMPRIPAD telah mengadakan aktiviti perkelahan di Pantai Muara yang juga disertai oleh lebih dari 40 orang penuntut SUAMPRIPAD yang terdiri dari ahli unit PRS dan juga penghuni asrama.



Program perkelahan dimulakan dengan aktiviti senaman ringan, diikuti dengan beberapa acara permainan seperti "Handball", pertandingan "makan Pop-mie", pertandingan "membina objek dari pasir" dan sebagainya.



Disamping itu, satu pameran penyalahgunaan dadah juga diadakan oleh kelab 3PD bagi menyampaikan mesej akan bahaya penyalahgunaan dadah kepada masyarakat, khususnya pengunjung-pengunjung pantai pada hari tersebut.



Program ini diakhiri dengan aktiviti kerja amal iaitu membersihkan kawasan pantai dan sekitarnya.

Wednesday, August 29, 2007

Pada 26 Ogos 2007, Unit 3PD SUAMPRIPAD telah menyertai satu aktiviti mendaki Bukit Kemunting yang terletak di Kampong Subok yang dilakukan bersama Unit PRS dan pelajar-pelajar SUAMPRIPAD yang lain. Disamping beriadah mendaki bukit, para ahli Unit 3PD tidak melepaskan peluang untuk mengedarkan broucher-brocher Anti-Dadah sambil beramah mesra bersama masyarakat setempat.


Image Hosted by ImageShack.us

Saturday, August 25, 2007

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Pada 2hb September 2007(ahad), kami akan mengadakan kuiz dan pameran di pantai muara,yang insya allah akan bermula pd jam 8pg hingga 2ptg..sehubungan dgn itu,kami amatlah mengalu-alukan kedatangan orang awam, khususnya belia remaja bagi sama-sama memeriahkan kuiz dan pameran tersebut. Pelbagai kuiz dan pameran akan kami adakan dan insya allah hadiah menarik menanti biskita..
Wassalam..

"Bumi bersih & aman, tanpa dadah, world clean&peace without drugs"

Friday, August 17, 2007




HAKIM-HAKIM KETIKA LAWATAN DI SEKOLAH UGAMA ARAB MENENGAH PEREMPUAN RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK DAMIT

Sunday, August 12, 2007

ASSALAMUALAIKUM TO ALL VISITOR..YOU'RE VERY WELCOME TO GIVE ANY COMMENT IN THIS BLOGSPOT.
MARI LAH KITA SAMA-SAMA MENJAUHI NAJIS DADAH,SEPERTI DALAM FIRMAN ALLAH
yang bermaksud:
“ Mereka bertanya tentang arak dan judi, maka katakan
olehmu wahai Rasulullah : Pada keduanya itu ada dosa
besardan ada juga beberapa manfaat bagi manusia,
tetapi DOSA keduanya LEBIH BESAR dari manfaatnya “

DAN SEBAGAIMANA SABDA RASULLULAH S.A.W
“ Setiap yang memabukkan adalah arak dan
setiap yang memabukkan adalah HARAM “

K THANKS FOR THE SUPPORT.WASSALAM..
-A-TEAM2007-




THE MALL GADONG.



DI HOSPITAL RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA.



DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BSB.



DI KG. SUNGAI MATAN
SASARAN : ORANG AWAM
MENDEDAHKAN ORANG AWAM AKAN BAHAYA DADAH MELALUI MAKLUMAT DALAM BROCHURE.
UNTUK MEMBERITAHU ORANG RAMAI TENTANG LAMAN WEB KAMI.




SASARAN: ORANG-ORANG YANG KURANG BERNASIB BAIK
membantu mereka yang memerlukan,melalui aktiviti yang telah kami jalankan (hari usrah)

Saturday, August 11, 2007




SASARAN : TINGKATAN 1 HINGGA 5
MENGUJI MINDA DAN KEBERANIAN PENUNTUT UNTUK CUBA MENJAWAB SOALAN YANG DIAJUKAN MENGENAI DADAH.
MENGERATKAN SILATURRAHIM DI ANTARA AHLI U3PD DAN PARA PENUNTUT SUAMP RIPAD,

MENARIK PERHATIAN ORANG RAMAI KHUSUSNYA PARA IBUBAPA& WARGA SUAMP RIPAD.

SASARAN : ORANG AWAM


MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMA SEMUA WARGA SEKOLAH


MENYAMPAIKAN INFORMASI–INFORMASI YANG TELAH DIJALANKAn OLEH ‘A’-TEAM.

Sasaran:Semua warga sekolah
MENONJOLKAN HASIL USAHA PENUNTUT.

mencungkil kreativi warga sekolah Dalam memberikan idea mengENAI BAHAYANYA PENYALAHGUNAAN DADAH

MENINGKATKAN KERJASAMA DI ANTARA GURU - GURU & PENUNTUT - PENUNTUT DI SEKOLAH INI.

SASARAN:
SEMUA WARGA SEKOLAH