BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 22, 2007



Pada 9 Syawal 1428H, bersamaan dengan 21 Oktober 2007M, Pasukan Bertindak Anti Dadah SUAMPRIPAD telah mengadakan jerayawara Anti Dadah yang diadakan di Lil'Hub Cafe, Seri Qlap Mall.




Hadir sebagai tetamu kehormat adalah Pengarah Jabatan Pengajian Islam, Ustazah Hajah Kasmah Bte Haji Siput disertai oleh pegawai-pegawai kanan Jabatan Pengajian Islam dan juga Pengetua dan Timbalan Pengetua SUAMPRIPAD.




Acara yang dimulai dengan bacaan Fatihah dan Doa Selamat oleh Ustaz Haji Matuddin diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Noor Fadhlina Bte Hj Mohammad dan seterusnya ucapan dari tetamu kehormat, Ustazah Hajah Kasmah Bte Haji Siput.




Acara di teruskan lagi dengan upacara pembukaan rasmi jerayawara Anti Dadah dan juga perasmian laman blog 3PD ini oleh Yang Mulia Pengarah Jabatan Pengajian Islam.




Setelah upacara perasmian, Yang Mulia Pengarah bersama rombongan berkesudian menyaksikan pameran Anti Dadah yang diadakan ditingkat 3 bangunan Seri Q-Lap Mall.



Pameran yang diadakan pada hari tersebut berakhir pada pukul 3 petang.

Friday, October 19, 2007




Pada 29/08/07, Unit Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah (3PD) SUAMPRIPAD telah mengadakan aktiviti perkelahan di Pantai Muara yang juga disertai oleh lebih dari 40 orang penuntut SUAMPRIPAD yang terdiri dari ahli unit PRS dan juga penghuni asrama.



Program perkelahan dimulakan dengan aktiviti senaman ringan, diikuti dengan beberapa acara permainan seperti "Handball", pertandingan "makan Pop-mie", pertandingan "membina objek dari pasir" dan sebagainya.



Disamping itu, satu pameran penyalahgunaan dadah juga diadakan oleh kelab 3PD bagi menyampaikan mesej akan bahaya penyalahgunaan dadah kepada masyarakat, khususnya pengunjung-pengunjung pantai pada hari tersebut.



Program ini diakhiri dengan aktiviti kerja amal iaitu membersihkan kawasan pantai dan sekitarnya.