BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 9, 2007

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat Datang ke blog A-teamSUAMPRIPAD.Kami adalah dari Unit Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah(3PD) tahun 2007 di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit.Unit ini mula di tubuhkan di SUAMPRIPAD pada tahun 2004M.

Pada tahun ini,unit 3PD kami terdiri daripada 5 orang guru(dua orang perempuan dan tiga orang lelaki) dan sembilan orang penuntut iaitu lima orang penuntut daripada tingkatan 2,manakala 4 orang daripada tingkatan 4.

Fungsi unit ini iaitu untuk mendidik,meningkatkan sekaligus memberi kesedaran kepada semua termasuk penuntut-penuntut dan masyarakat sekeliling akan perkara-perkara yang berkaitan dengan bahayanya Dadah dan perlunya untuk menghindari dan mencegah pengambilan Dadah.Dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah di luar dan di dalam sekolah mungkin akan dpt memberi kesan dan di pahami tentang bahaya penyalahgunaan dadah.

Golongan utama adalah para belia kerana para belia-belia lah yang mudah terjebak dan terpengaruh dengan benda-benda yang tidaj di ingini atau erti kata lain golongan belia lah yang mudah sekali untuk melakukan perkara-perkara yang baru,yang tidak pernah di lakukan oleh mereka.

Alhamdulillah,mungkin sudah jelas penenrangan kami tentang Unit 3PD ini.Di dalam blog ini kami ingin mengongsikan sebahgian dari gambar-gambar yang kami ambil ketika aktiviti kami di jalankan.Sokongan biskita untuk membantu dalam membentras penyalahgunaan Dadah amatlah kami hargai.Sekian,Terima Kasih.



0 Comments:

Post a Comment